Institut Kraf Negara

Kraftangan Malaysia, Permata Dunia...

Pusat kecemerlangan pendidikan kraf
dalam memulihara warisan negara

Sila klik pautan berikut untuk melihat senarai Ahli Alumni dan senarai Ahli Persatuan Alumni:



Info Alumni

Komuniti Alumni IKN

Dalam tempoh 8 tahun sejak penubuhannya, Institut Kraf Negara telah berjaya melahirkan graduan dalam pelbagai bidang ilmu kraf. Ia merupakan tempoh yang agak baru bagi sesebuah institusi pengajian. Penyatuan bekas graduan di bawah satu alumni diharap dapat membantu dalam menyumbang ke arah pembangunan IKN serta membentuk rangkaian antara para graduan di seluruh negara. Jika anda merupakan bekas pelajar Institut Kraf Negara (IKN), anda layak menyertai Alumni Institut Kraf Negara.

Persatuan Alumni IKN yang bakal ditubuhkan bertujuan untuk mengerat dan merapatkan tali silaturahim di kalangan bekas pelajar IKN. Ia juga merupakan landasan untuk bekas pelajar bertemu dan bertukar fikiran. Kami bersedia membantu anda untuk sentiasa berhubung dengan bekas pelajar IKN dan juga mendapat berita terkini mengenai IKN. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bakal disediakan. Harapan kami agar saudara dan saudari akan sentiasa berhubung dengan pihak kami bagi mempertingkatkan keakraban di kalangan bekas pelajar IKN yang terdahulu dan terkini. Penubuhan Alumni IKN menemui anda, justeru itu, maklumbalas dan sokongan anda amat penting bagi memastikan Alumni Institut Kraf Negara dapat berjalan dengan lancar.